0Item(s)
0 0

Fahami Seksualiti Elak Disfungsi

Product Code EA2247
Product Name: Fahami Seksualiti Elak Disfungsi
Category: Prof Madya Dr Rosediani Muhamad
Star Rating: 1 Star
Printable: NO
Original Price: USD 4.00
After Discount: USD 2.00
  ECopy (PDF) via Email

Fahami Seksualiti Elak Disfungsi

Tema seksualiti dan disfungsi seksual digabungkan untuk memudahkan wanita dan pasangan memahami keluasan konsep seksualiti dan makna yang tersirat di dalamnya. Buku ini memfokuskan satu dari makna seksualiti yang tidak asing lagi pada kaca mata masyarakat iaitu hubungan kelamin dan perbezaan tindakbalas seksual antara gender. Penulis juga menjelaskan bagaimana pasangan boleh terangsang dan klimaks beserta faktor pendorong. Di akhir bab penulis mengajak para pembaca untuk menyaring fungsi seksual secara kendiri dan bagaimana untuk mengelakkannya sekiranya tanda-tanda masalah seksual mula timbul dalam sebuah perhubungan. Tulisan ini bersumberkan kajian PhD dan beberapa kajian yang telah dijalankan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Penglibatan penulis di dalam persatuan perubatan seksual dan sexologi seperti ‘International Society of Sexual Medicine’ dan ‘Asia-Oceania Federation of Sexology’ serta penglibatan di dalam persidangan sexologi di dalam dan luar negara telah dikongsikan di sini dalam bahasa yang mudah. Kepada para pembaca, penulis mengharapkan buku ini dapat memberi manfaat untuk memperbaiki hubungan dalam rumahtangga. Semoga hubungan anda dan pasangan kian positif. Rosediani Muhamad Jumaat 20 Rabiulawal 1442 Bersamaan 6/11/2020


Currently No Review